Polis kumpul rekod kesalahan jenayah termasuk pelaku kesalahan seksual

Hussein ketika sidang akhbar di pekarangan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Jumaat.
Hussein ketika sidang akhbar di pekarangan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis tidak menolak kemungkinan penglibatan pelaku dalam kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin merupakan individu yang mempunyai rekod jenayah termasuk melibatkan kesalahan seksual.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk semakan rekod penjenayah sedia ada.

"Ia meliputi Mask Genius Screening melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.

"Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Apartment Damansara Damai di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hussein berkata, keterangan yang diperoleh setakat ini agak terhad dan ia menyukarkan sebarang tangkapan dijalankan.

"Pembunuhan mangsa ini merupakan kes yang 'straight forward', siasatan telah dimulakan pihak polis sejak semalam dan ia masih diteruskan.

"Kesemua barang kes yang diperolehi sewaktu bedah siasat termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan cap jari dipercayai milik suspek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk memperolehi maklumat forensik berkaitan," katanya.

Jelas beliau, hasil analisa berkenaan akan diperoleh dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

"Ujian asid DNA dan cap jari amat penting untuk membantu bagi mendapatkan maklumat yang menjurus ke arah mereka yang terbabit dalam kejadian ini," katanya.