'Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan

Ismanira menulis pesanan kepada anak syurganya itu agar menunggunya 'di sana'.
Ismanira menulis pesanan kepada anak syurganya itu agar menunggunya 'di sana'.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia dipercayai dibunuh, meluahkan rasa rindu terhadap anaknya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.

Ismanira Abdul Manaf, 28, menulis pesanan kepada anak syurganya itu agar menunggunya 'di sana'.

"Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy tau abang.

"Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang.

"Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.

“Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang," tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Ismanira turut memaklumkan bahawa telefon bimbitnya dan suami masih berada pada pihak polis bagi membantu siasatan.

Justeru, dia memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak sempat membalas pesanan di WhatsApp atau panggilan telefon buat masa ini.

Artikel Berkaitan:

“Mohon maaf ya. Bukan saya ignore (tidak peduli), Instagram ini saya log in guna phone lain. Pinjam phone orang,” katanya.

Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.

“Saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan.

"Saya masih lagi tak stabil emosi.

“Ini ujian paling berat dalam hidup, Ya ALLAH tabahkanlah aku,” katanya.

Ismanira meluahkan rasa rindu terhadap anaknya di Instagram.
Ismanira meluahkan rasa rindu terhadap anaknya di Instagram.

Pada Selasa, Zayn Rayyan dilaporkan hilang, namun ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.

Pada awalnya polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, namun hasil siasatan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia di tempat lain sebelum diletakkan di lokasi tersebut.

Polis juga tidak menolak bahawa suspek adalah individu terdekat yang mengetahui selok-belok kawasan tersebut berikutan penemuan mayat adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Susulan itu, polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk ibu bapa kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan.

@sinarharianonline 'Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan. #SinarHarian#SinarTerkini#beritaditiktok#fyp#ZaynRayyan Sad and lonely - MoppySound