Video tahanan Palestin tular, Hamas gesa hak asasi antarabangsa campur tangan

Stesen Penyiaran Israel Pada Khamis mengesahkan rakaman berkenaan dengan mendakwa semua tahanan adalah pejuang Hamas. - Foto Reuters
Stesen Penyiaran Israel Pada Khamis mengesahkan rakaman berkenaan dengan mendakwa semua tahanan adalah pejuang Hamas. - Foto Reuters
A
A
A

BEIT LAHIA - Pegawai kanan Hamas, Izzat El-Reshiq menegaskan tentera Israel melakukan jenayah kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah selepas tular video yang memaparkan lebih daripada 20 tahanan lelaki Palestin berlutut di atas jalan.

Izzat El-Reshiq, yang hidup dalam buangan di luar negara, menggesa organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk campur tangan bagi membantu tahanan berkenaan.

Manakala, akhbar berbahasa Arab, Al-Araby Al-Jadeed yang berpangkalan di London berkata, salah seorang lelaki yang ditahan adalah wartawan korespondennya, Diaa Kahlout.

Stesen Penyiaran Israel pada Khamis mengesahkan rakaman berkenaan dengan mendakwa semua tahanan adalah pejuang Hamas.

Dalam video yang tular, tahanan dilucutkan baju dan duduk dengan kepala bertunduk di atas jalan Kota Gaza.

Sebilangan besar tahanan berada dalam keadaan separuh bogel, dihimpit di belakang sebuah trak berhampiran.

Reuters mengesahkan lokasi video dan imej pegun yang tular berlaku di kawasan Beit Lahia di Gaza.

Ini susulan Imej lain yang dikongsi di halaman media sosial Perbandaran Beit Lahia yang juga menunjukkan farmasi dan perniagaan sekitarnya yang sepadan dengan video dan foto yang tular.

Artikel Berkaitan:

Para tahanan dilaporkan telah ditangkap di sebuah sekolah di Gaza yang digunakan sebagai tempat perlindungan.

Beberapa rakyat Palestin berkata mereka mengenali saudara mereka di dalam imej berkenaan dan menafikan mereka mempunyai kaitan dengan Hamas atau mana-mana kumpulan lain.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata mereka bimbang dengan video dan foto yang tular itu dan semua tahanan mesti dilayan dengan perikemanusiaan dan maruah mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. - Awani