Palestin gesa UNSC sokong gencatan senjata serta-merta di Gaza

Seorang wanita Palestin memberi isyarat selepas serangan udara Israel di kem pelarian Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto: AP
Seorang wanita Palestin memberi isyarat selepas serangan udara Israel di kem pelarian Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto: AP
A
A
A
RAMALLAH - Palestin menggesa semua ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengundi menyokong resolusi menuntut gencatan senjata serta-merta dan melindungi orang awam di Gaza, berdasarkan Artikel 99 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Palestin sudah tiba masanya untuk menerima pakai resolusi itu bagi menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ke atas rakyat Palestin oleh tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, lapor WAFA.

Bantuan kemanusiaan tanpa halangan perlu dilaksanakan segera dan sekatan yang disengajakan oleh rejim Israel telah mengakibatkan situasi bertambah buruk khususnya di Semenanjung Gaza.

Palestin juga menggesa UNSC menghantar delegasi untuk menilai malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri korban yang disebabkan kekejaman Israel.

UNSC akan bermesyuarat pada Jumaat untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza berdasarkan mandat Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengikut Artikel 99. - Bernama
Artikel Berkaitan: