Saarani sebak bentang belanjawan

Saarani mengesat air mata ketika menyampaikan pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Perak pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Jumaat. - Foto Bernama
Saarani mengesat air mata ketika menyampaikan pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Perak pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilihat sebak ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Jumaat.

Beliau turut dilihat mengesat air mata ketika membacakan teks belanjawan yang menyentuh fokus pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat.

“Sepanjang program turun padang berdampingan dengan rakyat termasuk ketika Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak, banyak kisah-kisah suka duka rakyat yang menyentuh emosi.

“Jerih perih dan resah gelisah rakyat menempuh kehidupan yang kian mencabar mengetuk hati saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan untuk terus berikhtiar mencari jalan bagi meringankan beban hidup rakyat,” katanya dalam nada sebak.

Saarani membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2024 berjumlah RM1.35 bilion iaitu yang terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negeri itu.

Mengekalkan tema Perak Makmur, Rakyat Sejahtera peruntukan belanjawan tersebut meningkat berbanding tahun lalu hanya RM1.19 bilion.

Peruntukan belanjawan kali ini meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM856 juta manakala perbelanjaan pembangunan RM491 juta.

Artikel Berkaitan: