Warga India didakwa rasuah polis RM60 selepas memandu tanpa lesen

Marimuthu (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merasuah anggota polis RM60 kerana gagal mengemukakan lesen memandu di Port Dickson pada Rabu lepas.
Marimuthu (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merasuah anggota polis RM60 kerana gagal mengemukakan lesen memandu di Port Dickson pada Rabu lepas.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang warga India mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merasuah anggota polis RM60 kerana gagal mengemukakan lesen memandu di Port Dickson pada Rabu lepas.

Bagaimanapun, Hakim, Datin Surita Budin menolak pengakuan bersalah S Marimuthu, 41, yang bekerja sebagai penebar roti canai selepas mendapati pengakuan bersalah tertuduh bersyarat.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh secara rasuah memberi satu suapan, iaitu wang tunai RM60 kepada Koperal Mohd Nezary Mohd Sanget yang bertugas di Balai Polis Port Dickson.

Ia sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh yang gagal mengemukakan lesen memandu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 29 November lalu, jam lebih kurang 8.30 malam, di Batu 1, Jalan Seremban-Port Dickson.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM),Mohamad Azriff Firdaus Mohammad, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Hakim menetapkan tarikh 6 Disember ini sebagai sebutan semula kes.