MSNT-SIF-TFC buru tiga terbaik Piala Pra U

MSNT-SIF-TFC tekad mengakhiri cabaran Piala Pra U dikedudukan tiga terbaik edisi 2023.
MSNT-SIF-TFC tekad mengakhiri cabaran Piala Pra U dikedudukan tiga terbaik edisi 2023.
A
A
A

MSNT-SIF-TFC tetap menjanjikan tentangan sengit apabila berdepan Mutiara Soccer Allstars (MSA) dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat Piala Pra U di padang 7 Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Khamis.

Pengendali MSNT-SIF-TFC, Mohd Aliff Hafifi Mohammad berkata, perlawanan terakhir sebelum melabuh kempen edisi 2023 itu penting sebagai penawar selepas gagal mara ke final kali ini.

"Ini adalah perlawanan terakhir MSNT-SIF-TFC, jadi sudah tentu saya mahu pemain-pemain menutup cabaran noktah kemenangan.

"Pemain-pemain pun tekad memberikan tekanan sebaik perlawanan bermula dalam misi meraih kedudukan ketiga terbaik.

"Kami akan tampil dengan persembahan lebih baik berbanding aksi sebelum terutamanya dalam menterjemahkan setiap percubaan dalam bentuk jaringan," katanya.

Sebagai rekod, hasrat MSNT-SIF-TFC untuk mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tewas 0-4 kepada Malaysia University Football Team (MUFT) pada Selasa.

MSA pula kecundang selepas dibenam penyandang juara Akademi Mokhtar Dahari (AMD), 7-0.

Mengulas kekalahan kepada MUFT, Mohd Aliff berkata, pasukan dari Terengganu itu hadir dengan 70 peratus pemain berusia 16 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Kami memberikan saingan yang hebat, tetapi untuk bertahan 90 minit agak sukar kerana pemain-pemain berhadapan dengan pemain yang lebih matang dan lebih besar daripada mereka.

"Kami juga dapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal dimanfaatkan sebaik mungkin para pemain, yang akhirnya manfaatkan sepenuhnya pasukan MUFT."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!