MUFT akhiri badi kejuaraan Piala Pra U

MUFT muncul juara Piala Pra U selepas menewaskan AMD, 2-0 dalam perlawanan akhir di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Khamis.
MUFT muncul juara Piala Pra U selepas menewaskan AMD, 2-0 dalam perlawanan akhir di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Khamis.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] MALAYSIA University Football Team (MUFT) mengakhiri badi tewas dua perlawanan akhir berturut-turut Piala Pra U, apabila menjinakkan penyandang juara Akademi Mokhtar Dahari (AMD), 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium AMD, Gambang, Kuantan pada Khamis.

Kedua-dua pasukan tampil dengan misi berbeza, namun matlamat sama iaitu menjuarai edisi ketiga kejuaraan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mendapat sokongan Majlis Sukan Negara (MSN).

MUFT kendalian Ridzuan Abu Shah tampil dengan misi besar iaitu mengakhiri kemarau pemburuan kejuaraan selepas tewas dalam perlawanan akhir sebelum ini.

Sementara itu, AMD kendalian Mohd Fauzzi Mohd Kassim pula mengintai peluang merangkul kejuaraan hatrik selepas mengekalkan dominasi dalam dua edisi terakhir sebelum ini.

Namun dua gol separuh masa pertama jaringan Abdul Rahman Daud (m-38) diikuti jaringan masa kecederaan Muhammad Muhaimin Nor Azri sudah cukup membolehkan MUFT merangkul kejuaraan sulung pada percubaan kali ketiga di pentas final.

Antara aksi menarik perlawanan akhiri MUFT menentang AMD di Gambang pada Khamis.
Antara aksi menarik perlawanan akhiri MUFT menentang AMD di Gambang pada Khamis.

Sementara itu, MSNT-SIF-TFC merangkul tempat ketiga terbaik kejohanan selepas menewaskan Mutiara Soccer Allstars (MSA) dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat sebelum pada sebelah pagi.

MSNT-SIF-TFC dari Terengganu kendalian Mohd Aliff Hafifi berjaya menewaskan pasukan dari Pulau Pinang asuhan Noraffendi Taib, 3-0.

Artikel Berkaitan:

Gol MSNT-SIF-TFC dijanakan Muhammad Faris Fadli (m-59) diikuti dua jaringan lagi dihasilkan Arsyad Mohd Shamsul Aswadi (m-90, m-91).

Kejayaan merangkul kejuaraan sulung dalam penganjuran edisi ketiga itu membolehkan MUFT membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, AMD pula menerima RM8,000, ketiga MSNT-SIF-TFC (RM6,000) dan keempat MSA (RM4,000).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli, dalam majlis yang turut disaksikan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Ahmad Yusof.

INFO

Anugerah Piala Pra U 2023

Penjaga Gol Terbaik:

Aif Danish Saifudin (MUFT)

Pemain Pertahanan Terbaik:

Tuan Afif Iman Tuan Abdul Rahim (AMD)

Pemain Tengah Terbaik:

Muhammad Afiq Danish Hasniruddin (AMD)

Penyerang Terbaik:

Abdul Rahman Daud (MUFT)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir:

Ahmad Taufik Lukman (MUFT)

Pemain Terbaik Kejohanan

Muhammad Adam Uwais Mohd Armi (MUFT)

Penjaring Terbanyak:

Muhammad Arsyad Mohd Shamsul Aswadi (MSNT-SIF-TIF) - (6 gol)