Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik

Sesi khas bersama Ustaz Nouman Ali Khan: Ummah#GrandReset yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sesi khas bersama Ustaz Nouman Ali Khan: Ummah#GrandReset yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Surah al-Jumuah bukan sahaja membentuk kerangka perwatakan ummah tetapi juga membawa naratif pemikiran positif dan bersangka baik dalam menjalani kehidupan.

Pengarah Bayyinah Institute merangkap penceramah program tersebut, Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah tersebut, terdapat tiga peringkat utama yang perlu difahami oleh pembaca.

Menurutnya, peringkat pertama surah tersebut mengajar masyarakat tentang pembentukan karakter manusia sebagaimana diajarkan Nabi Muhammad SAW.

“Di awal ayat, ALLAH telah menyatakan keadaan umat terdahulu sehingga masa kini, manakala peringkat kedua pula mengenai umat Bani Israel dan ketiga ialah berkaitan solat Jumaat.

No Image Caption

“Ketiga-tiga perkara ini seolah-olah tiada kaitan, namun ia merupakan gagasan yang membentuk pemikiran sosial masyarakat pada hari ini.

“Surah ini mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik kepada ALLAH walaupun terdapat ujian yang menimpa manusia,” katanya dalam majlis misi memperkenalkan Surah Al-Jumuah 2024, dalam agenda Ummah #GrandReset di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pada hari konvensyen tersebut seramai 500 anak muda akan menyertai program 'Young Muslim Leaders for the World'.

**pullquote**

Orang ramai ketika sesi khas bersama Ustaz Nouman Ali Khan: Ummah#GrandReset yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Orang ramai ketika sesi khas bersama Ustaz Nouman Ali Khan: Ummah#GrandReset yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ujarnya, kumpulan anak muda itu terdiri daripada pemimpin pelajar, pelajar universiti dari dalam dan luar negara, golongan elit, mahupun anak muda ‘underground’.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membina pemimpin muda melalui kerangka kerja 52 kali setahun pada setiap Jumaat, pada tahun hadapan.

No Image Caption

“Kita mengharapkan agar anak-anak muda ini dapat membina projek legasi membawa nilai-nilai mulia ke dalam keluarga, universiti, organisasi, negeri dan negara.

“Program ini juga dapat membina kebaikan dalam kumpulan masing-masing berpandukan surah al-Jumuah,” ulasnya.

Orang ramai memenuhi Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Orang ramai memenuhi Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID