Amylea Azizan kini isteri abang Bomba Singapura

Berkenalan dalam tempoh singkat tidak menghalang pasangan ini membawa hubungan ke jinjang pelamin.
Berkenalan dalam tempoh singkat tidak menghalang pasangan ini membawa hubungan ke jinjang pelamin.
A
A
A

PENYANYI dan komposer, Amylea Azizan, 37, selamat bergelar isteri kepada seorang pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz.

Memilih untuk merahsiakan tarikh perkahwinan, Amylea dinikahkan oleh wali hakim pada majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarganya.

Dalam majlis tertutup dan sederhana itu, Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

Kedua-dua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Teruntum Putih Redzuan Alias.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kendati itu menzahirkan rasa syukur apabila sah bergelar isteri kerana perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat dan tidak pernah menjangka akan berakhir di jinjang pelamin.

“Ternyata ALLAH itu Maha Berkuasa dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah...

“Saya dan Ash (panggilan buat Aqbar) berkenalan menerusi media sosial beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.

“Selepas mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Amylea dan Ash terpaksa melalui perhubungan jarak jauh selepas berkahwin kerana komitmen masing-masing.
Amylea dan Ash terpaksa melalui perhubungan jarak jauh selepas berkahwin kerana komitmen masing-masing.

Ash pula menyifatkan Amylea seorang wanita yang bijak dan serba serbi tahu mengenai segala perkara, membuatkan dirinya tertarik pada penyanyi itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini mereka terpaksa melalui kehidupan jarak jauh kerana tugasannya sebagai pegawai Bomba di Singapura.

“Mujur Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan macam mana nak duduk sekali. Perkara ini berlaku terlalu pantas.

"Saya juga tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Maka, tengoklah macam mana nanti, just go with the flow,” tuturnya.

Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada 27 Januari depan.

Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan itu, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran, didedikasikan khas buat suaminya.

Menurut Amylea, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta mereka yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu mereka satu hari nanti.

“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.

“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa saya dan dia dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” jelasnya.

Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung Disember nanti dan peminat boleh mula mendengar ‘teaser’ di media sosial penyanyi itu.