Masih terlalu awal menilai prestasi Kerajaan Perpaduan

Anwar memerlukan ‘pasukan Anwar’ untuk menggerakkan pembaharuan dan reformasi institusi walaupun ia melibatkan rombakan besar-besaran.
Anwar memerlukan ‘pasukan Anwar’ untuk menggerakkan pembaharuan dan reformasi institusi walaupun ia melibatkan rombakan besar-besaran.
A
A
A

SETELAH setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, pelbagai inisiatif telah dilakukan demi menjaga kebajikan rakyat, bagaimanapun masih ramai yang mempertikai keupayaan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Pada Rabu, Merdeka Center telah mendedahkan laporan kaji selidik dan mendapati prestasi kerajaan kini merosot pada 41 peratus Oktober lalu.

Menurut kajian berkenaan, sebanyak 77.8 peratus responden berpandangan bahawa kebimbangan ekonomi merupakan masalah utama yang dihadapi oleh negara.

Antara lima isu yang termasuk dalam kebimbangan berkenaan ialah keadaan ekonomi yang tidak menguntungkan secara umum, kos sara hidup tinggi, kemerosotan nilai ringgit, pendapatan minimum serta pembangunan ekonomi.

Selain itu, 2.9 peratus responden menyifatkan diskriminasi atau polarisasi kaum sebagai masalah terbesar negara, diikuti dengan kelemahan kepemimpinan (1.4 peratus), jurang pembangunan dan infrastruktur (1.2 peratus) serta korupsi (satu peratus).

Rentetan daripada pendedahan itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar berada pada keadaan paling stabil malah sokongan rakyat terhadap kerajaan kini di status quo.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai prestasi Kerajaan Perpaduan kerana pentadbirannya baharu sahaja menginjak usia setahun pemerintahan.

Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan segala masalah yang hendak diselesaikan itu memerlukan masa untuk pulih terutamanya apabila berkaitan dengan ekonomi.

Artikel Berkaitan:

Oleh yang demikian, berilah peluang kepada Anwar untuk membuktikan bahawa kerajaan kini mampu untuk menyelesaikan masalah terdahulu dalam tempoh lima tahun ini.