Maritim Malaysia perkasa peranan wanita

Pegawai Maritim Malaysia sentiasa berdaya saing dan setaraf dengan penguat kuasa dari negara ASEAN lain.
Pegawai Maritim Malaysia sentiasa berdaya saing dan setaraf dengan penguat kuasa dari negara ASEAN lain.
A
A
A

BANGKOK - Maritim Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila wanita pertama yang dilantik sebagai Laksamana Pertama Maritim julung kalinya berkongsi pengalaman dalam forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) di Bangkok baru-baru ini.

Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly yang juga merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim itu turut diberi penghormatan menjelaskan keupayaan wanita sebagai pemimpin dalam agensi ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan Zulinda mencipta sejarah apabila merupakan wanita pertama dilantik dengan pangkat berkenaan.

"Penglibatan beliau dalam forum berkenaan menunjukkan kredibiliti dan kepakaran pegawai Maritim Malaysia khususnya pegawai wanita dalam menguatkuasakan undang-undang maritim.

Zulinda berkongsi pengalaman berkhidmat dalam Maritim Malaysia ketika forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) di Bangkok baru-baru ini.
Zulinda berkongsi pengalaman berkhidmat dalam Maritim Malaysia ketika forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) di Bangkok baru-baru ini.

"Ia secara langsung membuktikan pegawai Maritim Malaysia berdaya saing dan setaraf dengan penguat kuasa dari negara ASEAN lain," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Forum yang dianjurkan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) ini menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi penguatkuasaan maritim di negara-negara ASEAN ini turut disertai oleh delegasi dari Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam termasuk Malaysia.

Ia diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada agensi-agensi penguatkuasa maritim di rantau Asia Tenggara mengenai hak kesamarataan jantina.

Artikel Berkaitan:

Perbincangan serta perkongsian berkaitan perkara itu dijalankan seperti mana yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030) selaras dengan Hak Kesaksamaan Jantina.

Jelas kenyataan ini, forum siri kesembilan ini memberi fokus kepada peranan dan cabaran wanita.

"Forum ini turut memberikan pelbagai pengisian antaranya cabaran dihadapi oleh anggota wanita sebagai pemimpin dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki dalam bidang penguatkuasaan undang-undang negara terutamanya keselamatan maritim.

"Pembabitan dalam forum ini bertetapan dengan hasrat diterapkan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin iaitu warga agensi ini mempunyai pengetahuan yang tinggi pengurusan setanding pegawai penguat kuasa peringkat antarabangsa," katanya.

Selain Maritim Malaysia, forum ini turut disertai oleh wakil dari Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).