Sirul masih tersenarai dalam notis merah Interpol

Sirul Azhar yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altatuya Shaaribu, pada 2006 masih di bawah notis merah Interpol.
Sirul Azhar yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altatuya Shaaribu, pada 2006 masih di bawah notis merah Interpol.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar, yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altatuya Shaaribu, pada 2006 masih di bawah notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, meskipun Sirul dalam satu kenyataan terbaru kepada media antarabangsa Al-Jazeera, menyatakan dia ingin terus menetap di Australia namun notis merah terhadapnya masih diteruskan.

"Pihak polis pada masa ini masih meneliti dan mencari penyelesaian untuk membawa pulang Sirul kembali ke negara ini.

"Kami masih mengkaji kaedah untuk membawa pulang Sirul dan kini ianya di peringkat Jabatan Peguam Negara. Namanya (Sirul) masih disenaraikan di bawah notis merah Interpol," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East yang disiarkan pada Jumaat, Sirul turut memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya, malah mendakwa tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu meskipun telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.

Dakwanya lagi, dia dijadikan ‘kambing hitam’ dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada seseorang bagi menutup mulut.

Sebelum ini, Sirul antara sekumpulan tahanan imigresen yang dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi Australia mengatakan bahawa menahan tahanan tanpa tempoh merupakan satu bentuk pelanggaran undang-undang.

Artikel Berkaitan: