Kes Altantuya: Apakah nasib Sirul Azhar?

Sirul Azhar
Sirul Azhar
A
A
A

NASIB bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menjadi tanda tanya rakyat negara ini selepas dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia pada Ahad.

Sirul yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006 telah ditahan selama sembilan tahun oleh pihak imigresen negara itu sejak 2015.

Pada 2009, bekas anggota UTK itu termasuk seorang lagi tertuduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh, Altantuya.

Namun, Sirul meninggalkan Malaysia pada 2014 ketika kes tersebut masih lagi dalam rayuan dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid, kemungkinan besar peluang membawa pulang Sirul ke Malaysia gagal.

Katanya, ia kerana perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia.

Namun kata beliau, hanya Sirul sendiri yang boleh menentukan sama ada mahu pulang ke Malaysia bagi berhadapan hukuman dikenakan mahkamah sebelum ini iaitu hukuman mati.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membawa usul mengenai usaha membawa pulang, Sirul daripada Australia untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Menerusi surat yang diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Selasa, Lip Eng membawa usul berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Usul tersebut ialah membawa pulang seorang individu, Sirul daripada Australia merupakan perkara tertentu, usaha kerajaan berkehendak disegerakan supaya beliau diekstradisi oleh Australia setelah dibebaskan daripada pusat tahanan di Sydney pada 11 November lalu.

Selain itu, tugas kerajaan untuk memastikan Sirul menghadapi hukumannya di Malaysia atas pembunuhan, Altanthuya pada 2006 demi menegakkan keadilan bagi kepentingan orang ramai.

Adakah Sirul akan kembali untuk menjalani hukuman atau kekal di Australia, ia bergantung ke atas kehendaknya dan usaha daripada kerajaan.