Wanita dakwa terima layanan kurang memuaskan di hospital

Individu yang menggunakan nama Ummy Fellah memuat naik status mendakwa menerima layanan kurang memuaskan di sebuah hospital di sini
Individu yang menggunakan nama Ummy Fellah memuat naik status mendakwa menerima layanan kurang memuaskan di sebuah hospital di sini
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita mendakwa menerima layanan kurang memuaskan di sebuah hospital di sini ketika membawa ibunya seorang pesakit strok untuk janji temu di klinik pakar ortopedik dan unit radiologi.

Status yang dimuat naik oleh seorang individu menggunakan nama Ummy Fellah tular di aplikasi TikTok sejak Rabu lalu.

Wanita itu mendakwa ibunya yang bergerak menggunakan kerusi roda terpaksa menunggu kira-kira satu jam 20 minit untuk mendapatkan rawatan.

Wanita itu mendakwa cuba untuk menerangkan keadaan ibunya yang tidak boleh duduk terlalu lama supaya kakitangan terbabit dapat bertimbang rasa dan mendahulukan pesakit warga emas, namun agak mengecewakan permintaan itu tidak diterima.

Situasi itu menyebabkan ibunya yang mengalami pening dan mual lalu muntah kerana telah lama menahan sakit di ruang pendaftaran pesakit dan selepas insiden itu seorang jururawat lain tampil meminta maaf.

Ujarnya, disebabkan keadaan itu dia terpaksa pulang hampa selepas jururawat memberikan tarikh lain bagi janji temu rawatan ibunya.

"Mana pergi sistem warga emas, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) diutamakan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Melaka akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengenai isu perkhidmatandiberikan kakitangan hospital yang didakwa kurang memuaskan.

Artikel Berkaitan:

Pengarahnya, Datuk Dr Rusdi Ab Rahman berkata, susulan penularan kes itu, pihaknya akan mengadakan satu pertemuan bersama waris pesakit bagi memberikan penjelasan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Pesakit merupakan warga emas yang hadir bersama waris ke klinik pakar berkenaan kira-kira jam 9 pagi pada Selasa lalu.

"Harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan salah faham dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.