PKPN tingkat kualiti hidup nelayan

LKIM telah meluluskan sebanyak 257 buah rumah PKPN sejak 10 tahun lalu. - Foto Bernama
LKIM telah meluluskan sebanyak 257 buah rumah PKPN sejak 10 tahun lalu. - Foto Bernama
A
A
A
Saudara Pengarang,

Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) yang dilaksanakan kerajaan merupakan satu inisiatif yang sangat membantu bagi membolehkan para nelayan di seluruh negara menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Sejak 10 tahun lalu, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan kemudahan ini bagi nelayan yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Dengan adanya usaha murni ini, nelayan yang terkesan dapat tempat berteduh yang sempurna dan selesa untuk diri dan keluarga mereka.

Untuk rekod, kerajaan telah meluluskan pembinaan sebanyak 257 buah rumah PKPN sejak 10 tahun lalu dan telah menerima peruntukan berjumlah RM460 juta bagi PKPN ini.

Setakat ini, sebanyak 173 rumah telah diserahkan kepada nelayan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM58,000 bagi setiap sebuah rumah.



Pembinaan rumah ini pula dilakukan secara berperingkat mengikut tahap kedaifan dan keperluan nelayan di sesebuah negeri.

Setakat Oktober lalu, Sarawak dianggarkan memperoleh agihan rumah tertinggi iaitu sebanyak 71 buah diikuti Kedah (49 buah), Perak (34 buah), Negeri Sembilan (25 buah), Terengganu (25 buah) dan Wilayah Persekutuan Labuan (16 buah).

Selain itu, agihan turut melibatkan melibatkan Johor (11), Selangor (8), Perlis (5), Pahang (4), Kelantan (4), Melaka (4) dan Pulau Pinang (1).

Bukan itu saja, di bawah PKPN turut meliputi program baik pulih dan penempatan semula rumah nelayan.
Artikel Berkaitan:


Malah, sejak tahun 2020, pelaksanaan untuk baik pulih rumah nelayan dilakukan secara gotong-royong dengan membabitkan golongan sasar dan kontraktor yang terlibat.

Saya lihat usaha murni seperti ini wajar diteruskan oleh kerajaan dalam membantu golongan nelayan mendapat manfaat melalui projek-projek yang disediakan.

Malah, projek seperti ini juga boleh diperluaskan lagi kepada sektor lain seperti petani dan peladang.

Awang Arjuna, Kedah