80 peratus jangkitan HIV di Kelantan secara seksual

Dr Zaini (tiga dari kanan) melawat pameran semasa Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan.
Dr Zaini (tiga dari kanan) melawat pameran semasa Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan 80 peratus risiko jangkitan HIV baharu di negeri ini berlaku secara seksual.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, secara purata golongan berusia 33 tahun menjadi penyumbang kepada jangkitan itu.

"Sepanjang minggu epidomologi ke-43, 86 peratus mereka yang hidup dengan HIV telah menerima rawatan ARV (ubat anti retroviral).

"Walaupun melebihi liputan peringkat kebangsaan, namun kita masih perlu meningkatkan usaha sehingga mencapai sasaran 95 peratus pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini pada Khamis.

Antara mereka yang menjayakan Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan.
Antara mereka yang menjayakan Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan.

Menurut beliau, cabaran terkini dalam risiko jangkitan adalah sebagaimana perubahanlandskap penularan HIV di Malaysia dan khususnya di Kelantan iaitu dari jangkitan melalui penagihan dadah secara suntikan kepada penularan secara seksual melibatkan golongan lelaki atau wanita.

Ujarnya, antara inisiatif baharu JKNK ialah dengan mengadakan latihan PROSTAR 2.0 yang memberikan fokus pendidikan kesihatan HIV kepada golongan remaja yang melibatkan 19 modul latihan.

Dr Zaini memberitahu, ia penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamagolongan remaja dalam pencegahan dan rawatan HIV di fasiliti kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, di samping itu, kerjasama dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah dijalankan untuk memastikan koordinasi penyampaikan pendidikan kesihatan HIV yang lebih berkesan.

"Anggota-anggota dari kalangan komuniti telah dilatih untuk menjalankan ujian saringan HIV di luar fasiliti kesihatan atau outreach.

"Ujian saringan yang menyeluruh dapat meningkatkan pengesanan kes baharu dalam komuniti," katanya.

Dr Zaini (kiri) semasa Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di Kota Bharu pada Khamis.
Dr Zaini (kiri) semasa Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran HIV/Aids Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di Kota Bharu pada Khamis.

Beliau memberitahu, rawatan yang diambil secara betul dan mengikut saranan doktor dijamin berkesan menurunkan jumlah virus dalam tubuh pesakit HIV ke paras yangterendah serta dapat menurunkan kematian disebabkan penyakit tersebut.

Ujar Dr Zaini, selain itu, mereka yang menerima rawatan ARV juga akan dapatmenikmati kehidupan yang normal seperti orang lain yang tidak mengidap jangkitan HIV.

"Mereka boleh berfungsi sebagai seorang yang aktif dalam masyarakat dan menikmati jangka hayat seperti orang biasa," katanya.