124 kes HIV baharu di Johor - Exco

Sebanyak 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki manakala tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Ling Tian Soon)
Sebanyak 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki manakala tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Ling Tian Soon)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga Isnin, kata Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 124 kes dikategorikan sebagai HIV baharu sehingga Minggu Epid 32/2023 dengan daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).

"Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (tujuh), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.

"Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Menurutnya, dilaporkan bahawa faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.

Bagi kes AIDS pula, Tian Soon berkata, sebanyak 164 kes dilaporkan di Johor sejak Januari hingga Isnin berbanding 147 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, dalam tempoh itu, kmatian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 10 kes dan 31 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: