Saman MP Jasin, portal untuk bersihkan nama, kata Fadhlina

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempertahankan tuntutan terhadap Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan sebuah portal berita sebagai usaha untuk membersihkan namanya yang menjadi modal politik tanpa asas.

Tegas Fadhlina, sehingga kini tiada usaha daripada pihak yang menuduh untuk membuat permohonan maaf atau menjelaskan perkara sebenar berhubung dakwaan larangan takbir dan bacaan Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin baru-baru ini.

"Dalam banyak-banyak orang bercakap kononnya wujud larangan takbir dan Qunut Nazilah ini, kita saman ahli Parlimen (Zulkifli). Kenapa?

"Sebab beliau memiliki 'floor' untuk bertanya di dalam dewan, bukannya bercakap di luar tanpa usul periksa untuk mempertikaikan akidah atau menjadi suatu sentimen di luar," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kementerian telah mengeluarkan pekeliling lebih awal dan jelas yang mengatakan tiada langsung arahan yang melarang takbir dan Qunut Nazilah.

"Walaupun telah dijelaskan berkali-kali bahawa KPM tidak mengeluarkan arahan menghalang takbir dan Qunut Nazilah di sekolah namun fitnah ini terus tersebar," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, sebagai seorang beragama Islam beliau tahu situasi terbaik untuk Muslim dan tindakan melabelnya sebagai munafik secara terbuka adalah suatu perbuatan yang tidak wajar.

"Saya sendiri telah turun menyertai program berkenaan yang jelas bertakbir dan membaca Qunut Nazilah.

Artikel Berkaitan:

Ini jelas tuduhan itu cukup berat dan ia sangat tidak bertanggungjawab untuk meletakkan nilai agama saya luar di sisi Islam," katanya.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, budaya politik fitnah adalah merbahaya dan mampu merosakkan bangsa.

"Kita perlu berpolitik secara membina dan menunjukkan contoh yang baik kepada generasi ke depan," katanya.

Terdahulu, Fadhlina menerusi Firma Ibrahim & Fuaadah menuntut Zulkifli dan Harakah Daily untuk menarik balik artikel berkenaan dalam tempoh 48 jam selain membuat permohonan maaf tanpa syarat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!