Elaun kritikal perlu dibahas dalam belanjawan sebelum mansuh

Laporan Sinar Harian hari ini berkaitan isu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).
Laporan Sinar Harian hari ini berkaitan isu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) perlu dibahaskan terlebih dahulu dalam pembentangan belanjawan negara dan bukannya dimansuhkan tanpa mengambil kira pandangan semua pihak terlibat.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon berkata, kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan pemansuhan elaun BPIK ini adalah satu perkara tidak diduga dan mendukacitakan terutama bagi sektor perkhidmatan perubatan.

"Walaupun pemansuhan BIPK hanya untuk lantikan baharu, tetapi apakah kewajaran berbuat begitu?

ARTIKEL BERKAITAN: 'Baik turunkan gaji menteri daripada mansuh elaun BIPK'

PM setuju tangguh mansuh elaun kritikal, kata Syed Saddiq

"Mereka yang baharu dilantik kebiasaannya bermula dengan gred baru dan permulaan gaji minima. Tetapi dalam masa sama mereka menanggung beban sama," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Tebrau menyifatkan pemberian elaun BIPK sejak 20 tahun sangat membantu mereka yang terbabit terutama doktor dan jururawat atas penat lelah bakti kepada masyarakat.

"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan berlaku peningkatan sebanyak 189 peratus dalam tempoh 10 tahun dicatatkan untuk kadar pesakit yang ditahan di wad.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,062,925 pada tahun 2008 kepada 3,890,984 bagi tahun 2018. Ini sekali gus menjelaskan fungsi perkhidmatan kesihatan kita yang semakin berkembang," katanya.

Justeru beliau berharap isu BIPK tidak dipandang remeh kerana doktor, jururawat dan pengamal perubatan kita bekerja dalam tempoh yang lama hampir setiap hari walaupun mempunyai shif.

"Mereka ini juga bergadai nyawa merawat pesakit yang mana ada daripadanya mempunyai jangkitan penyakit berbahaya. Kerjaya mereka tidak boleh disamakan dengan kerjaya lain.

"Sebelum diberi amanat menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kita sentiasa bercakap mengenai kenaikan gaji dan peluang pekerjaan. Oleh itu diharapkan janganlah perkara yang sebaliknya pula dibuat," katanya.