MGB kekal kukuh pada Q3FYE2023

A
A
A

TAN SRI IR DR LIM HOCK SAN
TAN SRI IR DR LIM HOCK SAN

SHAH ALAM – MGB Berhad (MGB), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan keputusan suku ketiga bagi kewangan berakhir 31 Disember 2023 (Q3FYE2023),

Dalam satu kenyataan media hari ini, MGB menjelaskan, bagi suku dalam tinjauan, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) dan keuntungan selepas cukai (PAT) masing-masing sebanyak RM17.90 juta dan RM12.73 juta, di samping keuntungan sebanyak RM256.14 juta.

Berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, keuntungan meningkat sebanyak 65.4 peratus daripada RM101.26 juta berikutan peningkatan yang diperoleh daripada segmen pembinaan dan disokong dengan peningkatan keuntungan daripada segmen pembangunan hartanahnya.

Segmen pembinaan dan perdagangan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada keuntungan MGB. Keuntungan segmen ini meningkat sebanyak 36.6 peratus kepada RM614.78 juta berbanding tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir 30 September 2022, iaitu sebanyak RM449.85 juta hasil daripada sumbangan berterusan daripada projek-projek besar seperti KITA Mekar, Prestige Residence, KITA Mesra dan projek Rumah Selangorku Idaman BSP. Manakala, segmen pembangunan hartanah meningkat 6 kali ganda didorong oleh pelancaran projek baharu seperti Idaman Melur, Idaman Cahaya Fasa 1 dan 2, Idaman Sari dan Pangsapuri Saujana Indah.

Bagi tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir 30 September 2023, keuntungan MGB meningkat sebanyak 42.7 peratus kepada RM666.50 juta. Sebagai tambahan, PBT dan PAT masing-masing mencatatkan RM50.79 juta dan RM 37.38 juta.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mengulas pencapaian ini, Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Ir. Dr Lim Hock San, berkata, selaras dengan peningkatan aktiviti pembinaan pada tahun 2023, MGB telah mencatat keputusan Q3 yang memberangsangkan.

Katanya, walaupun pujian harus diberikan kepada komitmen dan kerja keras pasukan, kejayaan MGB turut dipengaruhi pendekatan Value Added Driven Technology (VadTech) milik syarikat, yang sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2025.

“MGB kekal komited untuk menyediakan solusi pembinaan dengan kos efektif dan pantas untuk pelanggannya, di samping menyesuaikan diri dengan evolusi pasaran semasa untuk mencapai hasil yang optimum di atas situasi yang tidak terjangka. Kami akan terus melangkah ke hadapan dan mengemudi MGB ke tahap yang lebih tinggi.”

“Pada masa ini, MGB berada pada kedudukan kukuh dengan buku pesanan tertunggak sebanyak RM1.79 billion, setakat 31 Oktober 2023, dan ini merupakan bukti keupayaan syarikat dalam menyediakan pendapatan bagi 2 tahun yang mendatang.

“Prestasi kewangan Kumpulan menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan strategik, meletakkan MGB sebagai pemain utama dalam di dalam landskap pembinaan hartanah negara,” ujar beliau.