Sejumlah besar senjata api, peluru dirampas di timur Myanmar

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar merampas sejumlah besar senjata api dan peluru di negeri Shan di timur Myanmar dan menahan tujuh suspek, lapor Xinhua memetik akhbar harian The Mirror milik kerajaan pada Sabtu.

Senjata yang dirampas itu terdiri daripada 130 senjata api termasuk rocket-propelled grenade, mesingan dan senapang, serta 7,632 bom, 13,670 peluru, 1,829 magazin, 950 kg serbuk TNT, dan 200 kg ammonium nitrat, lapor media.

Operasi itu dilakukan berdasarkan maklumat yang membawa kepada penahanan seorang suspek awal di kampung Lwetet di perbandaran Panglong pada Khamis.

Susulan siasatan terhadap suspek yang ditahan, pihak berkuasa kemudiannya merampas senjata dan peluru dan menahan lima suspek lain di sebuah bangunan di kampung Panmont di perbandaran Panglong, menurut laporan media itu.

Seorang lagi individu yang mengangkut senjata api dan peluru ke negeri Kayah, turut ditahan pada Jumaat.

Suspek yang ditahan berkata mereka ditugaskan oleh kumpulan KNPP dan PDF di negeri Kayah untuk mengangkut senjata dan peluru. - Bernama

Myanmar, senjata api, peluru

Artikel Berkaitan: