'Naik kereta mahal, tapi kencing di tiang parkir'

Seorang lelaki tanpa segan silu melepas 'hajat' pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di sini.
Seorang lelaki tanpa segan silu melepas 'hajat' pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di sini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Kereta mahal tapi tak ada sivik. Itu perumpamaan sesuai menggambarkan situasi memaparkan perbuatan seorang lelaki berkereta premium yang membuang air kecil di tempat terbuka.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10.51 malam pada Khamis itu sempat dirakam oleh seorang wanita yang melihat tindakan lelaki berkenaan tanpa segan silu melepas 'hajat' pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di sini.

Perakam tidak berdiam diri dan bertindak menegur perlakuan tersebut yang dianggap tidak senonoh dan tidak beradab.

"Maafkan saya, di sini (dalam pusat beli-belah) ada tandas," ujar wanita berkenaan sambil merakam perbuatan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bagaimanapun membalas teguran tersebut dengan menjawab tandas terletak jauh daripada lokasi parkir berkenaan.

Lelaki itu kemudian beredar ke kereta dan sempat melambai ke wanita berkenaan sebelum beredar.

Kesan urin yang melekat pada tiang pusat beli-belah di Subang Jaya.
Kesan urin yang melekat pada tiang pusat beli-belah di Subang Jaya.

Di akhir video tersebut, perakam turut menunjukkan kesan urin yang melekat pada tiang tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Tular warga asing kencing merata-rata

Sementara itu, perkongsian video tersebut telah menerima kritikan pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlakuan pengotor tersebut.

"Tengok kereta wow tapi tuan kereta tak ada sivik punya, melepas merata," komen Jue Zainal.

"Orang Islam jangan buat macam ini. Antara sebab terbanyak azab kubur adalah tak suci daripada air kencing," tulis Mohamad Zakuan.

Ada juga yang berpandangan lokasi tandas terletak jauh menjadi sebab ada yang 'tidak tahan' dan membuang air di tempat tidak sepatutnya.

"Tandas di pusat beli-belah jauh, belum sempat sampai tandas sudah terkencing.

"Tapi kecing merata tetap salah," komen seorang lagi pengguna.