Israel lancar lebih 1,000 serangan fosforus putih di Gaza


Gaza musnah dibedil Israel. - Foto AFP
Gaza musnah dibedil Israel. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med) mengesahkan tentera Israel melancarkan lebih 1,000 serangan artileri mengandungi fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa sejak pejuang Hamas melancarkan perang 7 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Euro-Med, pihaknya berjaya mendokumentasikan Israel menggunakan fosforus putih iaitu bahan bakar yang boleh menyebabkan daging manusia terbakar dan mengakibatkan penderitaan seumur hidup di kawasan pada penduduk Gaza City dan utara Semenanjung.

Kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Foto AFP
Kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Foto AFP

Euro-Med turut memberi amaran penggunaan fosforus putih adalah dilarang oleh undang-undang antarabangsa dan tidak boleh disasarkan kepada atau berdekatan dengan kawasan kediaman mempunyai penduduk atau infrastruktur awam.

Justeru, organisasi terbabit menggesa penubuhan jawatankuasa penyiasatan antarabangsa bebas terhadap penggunaan senjata larangan oleh Israel terhadap orang awam di Gaza.

Antara kerosakan di Gaza .- Foto AFP
Antara kerosakan di Gaza .- Foto AFP

"Semua pelaku perlu bertanggungjawab termasuk mereka yang memberi arahan, merancang dan melakukan serangan," katanya melalui kenyataan.

Kumpulan hak asasi manusia itu berpendapat bahan terbabit digunakan tentera Israel sebagai senjata tambahan untuk meningkatkan pembunuhan secara beramai-ramai dan pindahan secara paksa. - Agensi

Artikel Berkaitan: