10 maut, 24 cedera bas penumpang bertembung lori berat

Kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang bertembung dengan lori berat.
Kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang bertembung dengan lori berat.
A
A
A

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 24 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah lori berat di persimpangan Lebuh Raya Lingkaran Tengah dan Lebuh Raya Al-Dabaa di wilayah Giza, pada Sabtu.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, 10 dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum membawa mangsa yang cedera ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir, Dr Hossam Abdel Ghaffar berkata, hospital berhampiran lokasi kejadian serta kawasan sekitarnya diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menerima mangsa yang cedera.

Menurutnya, beberapa pasukan turut dihantar ke lokasi kejadian bagi menilai keadaan, memantau perkembangan susulan kemalangan serta menyalurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perpaduan Sosial, Maya Morsi mengarahkan supaya bantuan kewangan segera disalurkan kepada mangsa yang layak dan keluarga mereka susulan kejadian itu.

Kemalangan pada Sabtu itu merupakan insiden terbaharu yang meragut nyawa di jalan raya Mesir dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Awal bulan ini, seramai 13 orang maut manakala 34 lagi cedera selepas sebuah lori besar merempuh bas pelancong di kawasan barat Kaherah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!