TNB, PDRM tubuh pasukan khas siasat budak terkena renjatan elektrik

Mohd Dawisy (kiri) kini kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang selepas melecur 50 peratus akibat insiden renjatan di bilik jana kuasa elektrik
Mohd Dawisy (kiri) kini kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang selepas melecur 50 peratus akibat insiden renjatan di bilik jana kuasa elektrik
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik ketika memasuki bilik jana kuasa TNB di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu, Pulau Pinang.

TNB dalam satu kenyataan mengesahkan penubuhan pasukan siasatan dalaman itu selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

"TNB amat bersimpati terhadap nasib kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, pada Khamis.

"Kami akan menyalurkan segala bantuan termasuk bagi menanggung kos rawatan dan perubatan yang diperlukan agar mangsa mendapat rawatan yang terbaik," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Jelasnya, wakil Pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang pada Jumaat.

"Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

Mangsa, Mohd Dawisy Zarif Khairi melecur sehingga 50 peratus pada badan dan kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan terpaksa ditidurkan.

Ketika kejadian mangsa dikatakan memasuki fasiliti milik TNB itu bagi mengambil bola miliknya dari dalam premis berkenaan.

Artikel Berkaitan: