Budak lelaki melecur terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa

Mangsa dikatakan masuk ke bilik jana kuasa untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam kawasan berkenaan.
Mangsa dikatakan masuk ke bilik jana kuasa untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam kawasan berkenaan.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang kanak-kanak lelaki melecur seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik dari bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Bayu, di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian jam 4.55 petang itu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikatakan masuk ke bilik jana kuasa itu untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam kawasan berkenaan sebelum terkena renjatan elektrik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa mengalami kecederaan itu selepas tersentuh dengan perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa elektrik TNB.

"Mangsa telah dibawa oleh pihak perubatan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

"Pasukan operasi telah membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan itu selamat dan menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: