Glow in the dark bantu pemanduan lebih selamat waktu malam

Alexander (tengah) mendengar penerangan penggunaan cat 'glow in the dark' di Jalan Sungai Lalang. - Foto FB Sany Hamzan.
Alexander (tengah) mendengar penerangan penggunaan cat 'glow in the dark' di Jalan Sungai Lalang. - Foto FB Sany Hamzan.
A
A
A

HULU LANGAT - Pemanduan lebih selamat dengan bantuan pantulan cahaya pada pembahagi jalan yang dicat menggunakan teknologi 'glow in the dark'.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, projek perintis itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat di Jalan Sungai Lalang (B19) di sini.

Mohd Sany berkata, teknologi menghasilkan pantulan cahaya daripada lampu kenderaan itu merupakan inovasi dalam kejuruteraan jalan.

"Dengan mengekalkan ciri pemantulan cahaya kuning dengan penggunaan High Intensity Prismatic Sheet, kaedah pencahayaan ditambah baik dengan ciri phosphorescence mengandungi elemen pigmen phosphors bagi mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat selepas diberi tenaga.

"Sumber tenaga adalah sama ada dari cahaya matahari atau lampu kenderaan yang diserap, sebelum ianya bercahaya semula dan dapat dilihat pada waktu malam," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pantulan cahaya dihasilkan pada pembahagi jalan dicat glow in the dark. - Foto FB Sany Hamzan
Pantulan cahaya dihasilkan pada pembahagi jalan dicat glow in the dark. - Foto FB Sany Hamzan

Pada Rabu, beliau telah mengiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turun padang melawat lokasi berkenaan.

Mohd Sany pada masa sama, merakamkan ucapan terima kasih kerana memilih Hulu Langat sebagai lokasi perintis untuk memulakan projek berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, cat jalan berkenaan berada sepanjang 490 meter bagi permulaan.

Teknologi ini pernah tular di luar negara yang penggunaan cat ini dapat membantu pemandu melihat jalan lebih mudah.

Cat berkenaan mengeluarkan cahaya berwarna hijau ketika kenderaan melalui kawasan gelap pada waktu malam.

Mohd Sany (kiri) mengiringi Alexander melawat lokasi jalan dicat 'glow in the dark'. - Foto FB Sany Hamzan
Mohd Sany (kiri) mengiringi Alexander melawat lokasi jalan dicat 'glow in the dark'. - Foto FB Sany Hamzan

Dalam pada itu, memetik laporan RTM, Alexander memberitahu akan melihat dan menilai dengan lebih mendalam bagi projek rintis ini untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh kerana ia melibatkan kos yang tinggi.