X

Kindly register in order to view this article
!

Penjawat awam ditahan miliki daun dan air ketum

Air dan daun ketum yang dirampas.
A
A

JEMPOL - Seorang penjawat awam ditahan kerana memiliki cecair dan daun ketum dalam serbuan pada 24 Disember lalu di Felda Palong 2, Gemas di sini.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, pemeriksaan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu membawa kepada penemuan bahan terlarang itu dengan berat kasar 7.5 liter dan daun ketum seberat 2,500 gram bernilai RM100.

Bagaimanapun menurutnya, ujian urin ke atas lelaki itu adalah negatif dan suspek juga tiada rekod jenayah lampau.

"Suspek kini ditahan reman bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 30(3)Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Che Zakaria memberitahu, bermula 1 Januari sehingga kini, sebanyak 104 penjawat awam telah ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.