PM buat panggilan video dengan Nurul Ain, suami

Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan panggilan video dengan Nurul Ain sebaik sahaja wanita itu dan suami berjaya melepasi Lintasan Sempadan Rafah. Gambar kecil: Nurul Ain dan suami, Mohamed bercakap dengan Anwar menerusi panggilan video.
Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan panggilan video dengan Nurul Ain sebaik sahaja wanita itu dan suami berjaya melepasi Lintasan Sempadan Rafah. Gambar kecil: Nurul Ain dan suami, Mohamed bercakap dengan Anwar menerusi panggilan video.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan panggilan video dengan rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron yang diselamatkan dari kawasan konflik di Gaza bersama suami, warga Palestin, Mohamed A M Shaat.

Menerusi hantaran di laman sosial, Anwar memaklumkan Nurul dan suaminya menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang sedaya upaya memastikannya serta suami selamat dibawa keluar dari Gaza.

"Alhamdulillah pada awal pagi ini, 13 November, saya berkesempatan melangsungkan panggilan video dengan Nurul Ain, rakyat kita yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan yang lalu.

"Mereka turut merakamkan rasa terima kasih kepada kakitangan Kedutaan Malaysia yang tidak berputus asa dalam memastikan proses membawa mereka keluar dari zon perang dapat dilakukan," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:Nurul Ain, suami selamat dibawa keluar dari Gaza

Anwar turut merakamkan rasa terima kasih Kerajaan Malaysia kepada beberapa buah negara lain yang tidak ketinggalan menghulurkan apa juga bantuan dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia tersebut.

"Syukur kepada ALLAH SWT jua," katanya.

Terdahulu Wisma Putra mengesahkan Nurul Ain dan Mohamed berjaya di bawa keluar dari Gaza melalui Lintasan Sempadan Rafah, Mesir jam 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia) pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Nurul Ain yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, terkandas di Khan Younis, Gaza selepas berkunjung buat pertama kalinya ke kampung halaman suami pada 1 Oktober.

Kedua-dua pasangan yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu sepatutnya meninggalkan Gaza pada 25 Oktober lalu melalui sempadah Rafah menuju ke Mesir sebelum menaiki penerbangan ke UAE hari berikutnya.