Air Selangor mohon maaf...

Nazli Baharuddin Osman (tengah) bersama dua anak saudaranya Zikir Helmi (kanan) dan Muhammad Akil Muhammad Diah (kiri) mengangkat botol air yang ditadah daripada 12 paip air yang disediakan oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di tepi Jalan 4/2 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi untuk dibawa ke rumah mereka di Pangsapuri Jubli Perak berikutan gangguan bekalan air yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memohon maaf atas segala kesulitan dialami 336,930 akaun pengguna terjejas ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih sejak Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya juga menghargai kerjasama pengguna sepanjang krisis gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di empat wilayah di negeri ini.

Menurutnya, bekalan air di kesemua kawasan terjejas pulih sepenuhnya sejak malam tadi.

“Kerjasama pengguna di sepanjang krisis gangguan bekalan air tidak berjadual ini amatlah dihargai dan kami mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam beliau memaklumkan, berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air mengikut jumlah akaun berdaftar yang terjejas mencapai tahap 99.9 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM, SPAN sahkan air dibekalkan kembali kepada pengguna selamat

Gangguan bekalan air dijangka pulih tiga hari lagi

Kesemua tiga wilayah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya pulih seratus peratus manakala hanya wilayah Petaling mencapai pemulihan 99.8 peratus.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berikutan sebahagian besar kawasan sudah menerima bekalan air, kebanyakan pusat khidmat setempat dan pili awam ditutup sejak jam 12 tengah semalam.

Petugas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Mohd Zakwan Zakaria memeriksa penutup lori tangki milik Air Selangor sebelum bergerak bagi mengedarkan bekalan air bersih ke kawasan perumahan di sekitar Bandar Baru Bangi berikutan gangguan bekalan air yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. - Foto Bernama

“Jumlah lori tangki di kawasan yang telah pulih juga turut dikurangkan dan bantuan ke kawasan yang belum pulih masih diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang di www.airselangor.com atau terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan sebanyak 328,957 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran terbabit.

Jumlah akaun, pengguna terjejas bertambah kepada 336,930 apabila LRA Bukit Tampoi yang menerima sumber air mentah dari Sungai Semenyih turut dihentikan operasi sejak Ahad.