Dituduh lawan Islam: 2 ADUN PH-BN tuntut MB Kelantan mohon maaf

Mohd Syahbuddin dan Dr Hafidzah semasa sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan pada Ahad.
Mohd Syahbuddin dan Dr Hafidzah semasa sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kota Lama serta pengundi Barisan Nasonal (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.

Permohonan maaf itu susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Wakil rakyat DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, notis tuntutan maaf tersebut akan dihantar pada hari ini (Ahad) kepada pejabat Menteri Besar selepas laporan polis dibuat.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan mengundang susulan kepada tindakan undang-undang yakni memfailkan saman sivil di mahkamah.