Sah beras asli, bukan plastik

Sampel beras yang diambil daripada premis untuk dianalisis disahkan 100 peratus beras asli.
Sampel beras yang diambil daripada premis untuk dianalisis disahkan 100 peratus beras asli.
A
A
A

KOTA KINABALU - Analisis terhadap sampel beras yang didakwa plastik, seperti ditularkan di media sosial pada bulan lalu mendapati ia seratus peratus beras asli.

Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Sabah, Ab Alim Multazam berkata, keputusan hasil analisis itu diterima daripada Jabatan Kimia hari ini.

"Pagi tadi kita telah terima hasil analisis sampel beras tersebut dan keputusannya didapati 100 peratus asli sebagai beras," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ab Alim
Ab Alim

Ab Alim berkata, keputusan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa beras tersebut plastik seperti yang ditularkan sebelum ini.

"Orang ramai dinasihatkan untuk membuat aduan rasmi dan jangan tularkan sesuatu perkara yang tidak pasti," katanya.

Sinar Harian pada 9 Oktober lalu melaporkan KPB Sabah telah mengambil sampel beras yang didakwa plastik daripada premis peruncit dan pembekal untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sampel itu diambil sebagai tindakan aduan berhubung isu tular dakwaan penjualan beras plastik di sebuah premis di sebuah daerah di negeri ini.

Artikel Berkaitan: