Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini selepas hasil bon Amerika Syarikat meningkat susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell mengenai dasar monetari negara itu dan lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.03 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7220/7275 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.6895/6965.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun meningkat 9.0 dan 14.0 mata asas untuk ditutup masing-masing pada 5.02 peratus dan 4.63 peratus, manakala Indeks Dolar AS ( DXY) menambah 0.29 peratus kepada 105.904 mata.

"Pasaran kewangan sangat menantikan kenyataan Powell mengenai dasar monetari semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malam tadi.

"Memang benar, ketua Rizab Persekutuan membayangkan kadar faedah AS mungkin perlu dinaikkan bagi mengekang inflasi," katanya kepada Bernama.

Dilaporkan bahawa komen Powell lebih kepada bank pusat tidak 100 peratus yakin kitaran kenaikan kadar telah berakhir.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata, ringgit dijangka lemah dan berlegar sekitar RM4.69 hingga RM4.70.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Nilai mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1199/1238 daripada 3.1050/1099 pada penutupan Khamis, rendah berbanding euro kepada 5.0370/0428 daripada 5.0173/0248 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7703/7770 daripada 5.7695/7781 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit turut bergerak lemah.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4703/4746 daripada 3.4563/4617 dan rendah berbanding baht Thai pada 13.1914/2134 daripada 13.1802/2065 sebelumnya.

Ringgit turut merosot berbanding peso Filipina pada 8.43/8.45 daripada 8.39/8.41 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.1 daripada 299.5/300.1 pada penutupan dagangan Khamis. - Bernama