Banjir Selangor: Jangan ingkar arahan sekiranya diminta berpindah - Polis

Penduduk di Selangor diminta akur kepada nasihat dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya diarahkan untuk berpindah apabila kediaman mereka dinaiki air. - Gambar hiasan
Penduduk di Selangor diminta akur kepada nasihat dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya diarahkan untuk berpindah apabila kediaman mereka dinaiki air. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai diminta akur kepada nasihat dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya diarahkan untuk berpindah apabila kediaman mereka dinaiki air susulan musim tengkujuh ketika ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebarang tindakan pelanggaran arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa akan merisikokan diri mangsa itu sendiri.

"Individu yang ingkar terhadap arahan pihak berkuasa sememangnya boleh dikenakan tindakan kerana ia dikategorikan sebagai menghalang penjawat awam.

"Bagaimanapun, dalam situasi getir yang mana melibatkan bencana, kita masih berdiplomasi sebab mereka adalah mangsa selain budi bicara untuk memastikan mangsa berpindah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Khamis.

Katanya, masyarakat turut dinasihatkan agar tidak khuatir akan keselamatan tempat tinggal sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Rondaan dan pemantauan sentiasa dijalankan di kawasan terjejas banjir termasuk rumah mangsa terlibat.

"Tindakan ini diambil bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini seperti kecurian namun masa sama barangan berharga seperti dokumen peribadi, wang, serta barangan kemas perlu dibawa bersama mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan: