MTL: KPDN Kelantan benar pemborong, peruncit simpan 30 peratus bekalan makanan

Azman (tengah) turun padang meninjau pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2023 di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Khamis.
Azman (tengah) turun padang meninjau pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2023 di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membenarkan pemborong serta peruncit menyimpan bekalan makanan lebih 30 peratus dari had sedia ada sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Sabtu ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pendekatan ini bertujuan memastikan keberadaan bekalan barangan makanan terutama kawalan dan keperluan asas sentiasa mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga berpatutan sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan.

"Kebenaran ini melibatkan 39 pemborong dan 66 peruncit terpilih di daerah yang berhampiran dengan kawasan berisiko banjir.

"Selain itu, KPDN telah mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar, pemborong, pengimport, persatuan dan agensi kerajaan terlibat dengan mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), polis, JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat) dalam menghadapi banjir di negeri ini," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Azman menunjukkan bekalan telur mencukupi sepanjang musim perayaan ini.
Azman menunjukkan bekalan telur mencukupi sepanjang musim perayaan ini.

Sebelum itu, beliau turun padang meninjau pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2023 di sini.

Menurut beliau, bilik gerakan juga diaktifkan bermula jam 8 pagi hingga 10 malam di Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menerima sebarang aduan berkaitan bekalan barangan asas.

Ujarnya, tindakan secara tuntas tanpa kompromi terhadap peniaga yang menyorok, enggan menjual dan menyeleweng serta menjual melebihi harga maksimum akan dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Azman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang relevan bagi memastikan bekalan barangan kawalan dan keperluan asas sentiasa berada dalam pasaran serta mengawal mengikut harga yang berpatutan dalam bencana banjir ini.

Azman (lima dari kanan) merasmikan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2023 di Kota Bharu.
Azman (lima dari kanan) merasmikan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2023 di Kota Bharu.

"Pengguna tidak perlu resah dengan membuat pembelian secara banyak atau melebihi kawalan kerana bekalan barang kawalan dan keperluan asas sentiasa mencukupi.

"Peniaga juga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan masing-masing atas pelbagai alasan serta mematuhi perundangan yang ditetapkan kerajaan serta beretika dalam perniagaan," katanya.