Bekas Pengarah Kyaputen dituduh urus dana tanpa lesen

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan pertuduhan terhadap bekas Pengarah Kyaputen Sdn Bhd (Kyaputen) atas tiga kesalahan berkaitan aktiviti pasaran modal tidak berlesen.

Muhamad Fadzli Jamaludin, 33, dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur kerana menjalankan perniagaan dalam pengurusan dana tanpa lesen.

SC dalam satu kenyataan berkata, Fadzli mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

"Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Sabariah Othman membenarkan ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin.

"Dia turut diperintahkan untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan kepada SC setiap bulan sehingga selesai perbicaraan," katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut SC, kesalahan tersebut adalah di bawah seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Ujarnya, hukuman denda maksimum sebanyak RM10 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan di atas kesalahan itu.

"Pengurusan dana merupakan aktiviti terkawal seperti yang ditetapkan oleh CMSA dalam Jadual 2 dan individu yang menjalankan aktiviti ini perlu dilesenkan oleh SC.

Artikel Berkaitan:

"Kesalahan tersebut didakwa berlaku antara November 2018 dan April 2020 di Kuala Lumpur serta Melaka," jelasnya.

Tambah SC, orang ramai perlu berhati-hati apabila mempertimbangkan peluang untuk melakukan pelaburan.

Oleh itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

"Senarai makluman pelabur SC sentiasa dikemaskini untuk membantu orang ramai mengenal pasti platform, syarikat atau individu yang tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk pelaburan tanpa lesen," katanya.