Dua premis beroperasi tanpa lesen dikompaun

Tindakan sitaan turut diambil di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen yang diusahakan oleh warga asing. Gambar kanan: Enam premis diperiksa ketika penguatkuasaan dijalankan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasa MPK.
Tindakan sitaan turut diambil di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen yang diusahakan oleh warga asing. Gambar kanan: Enam premis diperiksa ketika penguatkuasaan dijalankan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasa MPK.
A
A
A

KLANG - Dua premis didapati beroperasi tanpa lesen dikenakan tindakan kompaun dalam operasi penguatkuasaan penyediaan tong sampah di premis perniagaan sekitar Klang Sentral dekat sini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak enam premis diperiksa ketika penguatkuasaan dijalankan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasa MPK.

"Dua premis itu didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan dan iklan yang sah dari pihak majlis (MPK) dan kesemua premis yang beroperasi sahaja menyediakan tong sampah di hadapan premis.

"Tiga kompaun diserahkan kepada wakil syarikat di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen, menimbulkan halangan di laluan awam serta membuang sampah haram di bahu jalan," menurut kenyataan itu di laman Facebook MPK.

Tambah kenyataan itu, tindakan kompaun dikeluarkan di bawah UUK3(1) Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007, Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, serta UUK 4 Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007.

"Tindakan sitaan juga diambil di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen yang diusahakan oleh warga asing," katanya.

Artikel Berkaitan: