KPM tidak kompromi jika berlaku kes buli, gangguan seksual

Laporan Sinar Harian berhubung kes berkenaan.
Laporan Sinar Harian berhubung kes berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang tular baru-baru ini dan ia kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut KPM, tiada kompromi terhadap sebarang perbuatan buli dan gangguan seksual disemua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

"Salah laku buli dan gangguan seksual adalah salah laku berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

"Komitmen KPM dibuktikan menerusi garis panduan menangani salah laku buli dan gangguan seksual yang telah dilancarkan pada bulan September 2023.

"Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM," kata KPM dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kes buli didakwa berlaku di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak September lalu tular apabila kejadian itu didedahkan ibu mangsa dengan berkongsi gambar anaknya berusia 16 tahun menerima dimasukkan ke hospital di media sosial.

Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli pada 24 September lalu membabitkan tiga pelajar lelaki di MCKK.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama KPM menambah, tiga saluran utama disediakan untuk orang ramai termasuk murid, ibu bapa dan masyarakat membuat laporan mengenai kes buli dan gangguan seksual iaitu talian khas Aduan Buli, emel adubuli@moe.gov.my dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Artikel Berkaitan:

“KPM turut memantau kesegeraan penyampaian maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard iaitu pada kadar 1:3:7 hari,” katanya.