X

Kindly register in order to view this article
!

40 NGO lapor polis terhadap Dong Jiao Zong

Antara wakil NGO yang membuat laporan polis terhadap Jiao Zong di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
A
A

KAJANG - Seramai 40 pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat berkata, kesemua NGO terbabit turut menggesa polis menyiasat secara terperinci segala aktiviti Jiao Zong yang boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

"Tindakan Dong Jiao Zong membantah tulisan jawi walaupun hanya empat ungkapan sahaja iaitu bersatu bertambah mutu, Bank Negara Malaysia, Ringgit Malaysia dan Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Masridzi turut menuntut tiga perkara antaranya siasatan ke atas pemimpin Jiao Zong di bawah Akta Hasutan.

"Kita juga mendesak pengharaman Jiao Zong dan pembatalan Kongres Pertubuhan Cina pada Sabtu ini kerana ia memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan dan ketenteraman awam," katanya.

Sebelum ini, Jiao Zong menggesa pertubuhan Cina lain mendaftar untuk menghadiri kongres membantah tulisan jawi bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan pelajaran jawi di sekolah vernakular.

Kongres itu dijadual berlangsung di sebuah kolej di sini pada Sabtu ini dengan matlamat kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.

Pada Ogos lalu, sembilan pertubuhan berkaitan pendidikan Cina membantah pelaksanaan tulisan jawi untuk pelajar tahun empat sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) di negara ini.

Susulan itu, Kabinet memutuskan pengajaran tulisan jawi itu tertakluk kepada persetujuan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolah vernakular.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!