Pelajar sakit buah pinggang perlukan RM50,000 kos bedah

Nur Najihah (kiri) dan Fasehha menunjukkan sebahagian ubat-ubatan yang diambil anaknya bagi mengurangkan kesakitan radang buah pinggang ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru pada Selasa.
Nur Najihah (kiri) dan Fasehha menunjukkan sebahagian ubat-ubatan yang diambil anaknya bagi mengurangkan kesakitan radang buah pinggang ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru pada Selasa.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jika sebelum ini anak ketiga daripada empat beradik ini merupakan seorang remaja yang aktif, namun segalanya berubah selepas dia disahkan menghidap masalah radang buah pinggang.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungkai Baru di sini menghidap sakit itu sejak Disember tahun lalu apabila sering tidak keletihan dan bermaya terutama selepas melakukan aktiviti harian.

Ibunya, Fasehha Radzuan, 34, yang juga suri rumah berkata, anaknya itu sering kali berulang-alik ke hospital, malah pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, pada tahun lalu anaknya juga sering menunjukkan simptom batuk-batuk dan bengkak pada mata sebelum menerima rawatan ke Jabatan Kecemasan Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, luluh rasa hati apabila keputusan ujian sampel buah pinggang menunjukkan bacaan kreatinin Nur Najihah mencecah sehingga 1,100, umol/L (normal di bawah 100 umol/L) sebelum disahkan menghidap IgE atau nama saintifiknya Imunoglobulin E.

"Kini setiap minggu Nur Najihah menjalani rawatan dialisis sehinggakan dia tidak lagi mampu ke sekolah seperti pelajar lain.

"Walaupun doktor beritahu peringkat usianya sebenarnya tidak sesuai untuk membuat rawatan berkenaan tapi kami terpaksa agar dia tidak terus menderita," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru di sini pada Selasa.

Fasehha (dua dari kiri) menemani Nur Najihah mengulang kaji pelajaran.
Fasehha (dua dari kiri) menemani Nur Najihah mengulang kaji pelajaran.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pihak hospital memaklumkan jalan terbaik bagi mengurangkan kesakitannya adalah dengan melakukan pemindahan buah pinggang.

"Setelah membuat 21 ujian padanan, buah pinggang saya didapati lebih sesuai berbanding suami, Mohd Fadzli Baharudin, 42, yang turut menghidap penyakit darah tinggi," katanya.

Menurut Fasehha, pada awalnya anaknya itu boleh menjalani pembedahan di hospital kerajaan seperti di Hospital Selayang yang tidak memerlukan kos tinggi, namun perlu menunggu giliran.

"Kami kemudian mencari lokasi yang sesuai iaitu di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Selangor dengan kos pembedahan dianggarkan mencecah RM50,000.

"Bagaimanapun kami buntu kerana tarikh pembedahan semakin hampir iaitu pada 28 November ini, namun kos pembedahan belum mencukupi," katanya.

Katanya, suami yang bekerja sebagai tukang servis penapis air dengan gaji sekitar RM2,000 sebulan sukar untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Fasehha (dua dari kiri) menunjukkan tapak kateter di leher Nur Najihah bagi melakukan rawatan dialisis.
Fasehha (dua dari kiri) menunjukkan tapak kateter di leher Nur Najihah bagi melakukan rawatan dialisis.

"Saya juga membantu dengan berniaga kecil-kecilan menjual nasi lemak setiap hari, namun masih tidak mampu mengumpulkan wang lebih-lebih lagi dua anak kami berusia 13 tahun dan 16 tahun masih bersekolah manakala anak bongsu baru berusia empat tahun.

"Saya bersyukur selama ini kos ubat-ubatan, dialisis dan perbelanjaan harian turut dibantu oleh Lembaga Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban.

"Namun besarlah harapan kami sekiranya orang ramai yang perihatin dapat membantu menampung kos pembedahan Nur Najihah tidak lama lagi," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7637954664 atas penama Fasehha Radzuan atau hubungi talian 017-6361073.