Fadhlina serah bantuan kemanusiaan Yayasan Didik Negara bernilai RM50,000

Fadhlina hadir untuk menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan bagi bantuan kemanusiaan rakyat Palestin dari Yayasan Didik Negara di Pusat Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), pada Khamis.Turut sama, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali. - Foto Bernama

A
A
A

SEPANG - Yayasan Didik Negara di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan (KPM) menyumbang pelbagai barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM50,000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Sumbangan berupa susu bayi dan mainan kanak-kanak itu diserahkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sebuah gudang yang menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini malam ini, dan ia akan disalurkan kepada penduduk Palestin menerusi Ops Ihsan.

Fadhlina mendengar penerangan situasi di Gaza oleh Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali semasa hadir untuk menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan bagi bantuan kemanusiaan rakyat Palestin dari Yayasan Didik Negara di Pusat Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), pada Khamis. - Foto Bernama

"Saya tidak dapat tahan sebak apabila tengok barangan mainan sebab terkenang nasib anak-anak kecil di bumi Palestin. Mudah-mudahan barangan ini sampai kepada anak-anak di sana, yang sekurang-kurangnya memberi kegembiraan kepada mereka,” katanya kepada Bernama di gudang berkenaan pada Khamis.

Ditanya mengenai perbualan beliau bersama Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang turut hadir ke gudang berkenaan, Fadhlina dalam nada sebak berkata, beliau tidak dapat menahan air mata mendengar ucapan penghargaan daripada Walid atas keprihatian rakyat negara ini terhadap rakyat Palestin.

"Beliau (Walid) ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan perhargaan tidak terhingga atas kesudian menderma secara bertali arus,” katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Operasi Ops Ihsan, Syahrir Azfar Salleh berkata, persiapan bagi penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin kini siap sepenuhnya dan sudah bersedia untuk dihantar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish, Mesir malam esok.

Artikel Berkaitan:

Fadhlina melihat sumbangan berupa barangan keperluan bagi bantuan kemanusiaan rakyat Palestin dari Yayasan Didik Negara di Pusat Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), pada Khamis. - Foto Bernama

Penghantaran pertama itu membabitkan keperluan perubatan dan barangan lain sebanyak 20 tan, sebelum disusuli penghantaran kedua sebanyak 30 tan yang dijadual pada 10 November ini.

Media sebelum ini melaporkan 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta berjaya dikumpul menerusi Ops Ihsan, yang diselia oleh 49 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - Bernama