Op Samseng Jalanan: 360 kenderaan disita di Iskandar Puteri

Sebanyak 1,014 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan ini. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
Sebanyak 1,014 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan ini. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menyita 339 motosikal dan 21 kereta dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Lebuh Ismail Sultan, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, dalam operasi jam 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan kerana menunggang motosikal secara melulu.

Beliau berkata, dua suspek berusia 18 dan 20 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sebanyak 1,014 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, operasi berkenaan akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan samseng jalanan daripada berleluasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: