Malaysia optimis FDI dari Jepun melebihi RM30 bilion tahun ini

Anwar menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama
Anwar menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia optimis pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun akan melebihi RM30 bilion (AS$6.33 bilion) pada 2023, menandakan keyakinan tidak berbelah bahagi pelabur dari negara itu terhadap Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan bahawa akan ada pelaburan baharu yang datang dari Jepun ke Malaysia tahun ini.

"Ini sangat mengagumkan (datang) daripada syarikat (Jepun) yang sudahpun melabur di Malaysia, yang sentiasa membuat komitmen untuk meningkatkan dan mengembangkan pembangunan mereka ke Malaysia," katanya semasa sidang media bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di sini pada Ahad.

Anwar (kanan) ketika berucap pada mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Fumio Kishida dari Jepun di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama
Anwar (kanan) ketika berucap pada mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Fumio Kishida dari Jepun di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama

Kishida sedang dalam lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia.

Anwar berkata, sebagai negara rakan Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Asia (AZEC), Malaysia dan Jepun komited untuk melaksanakan usaha yang lebih penting menyahkarbon dan mencapai aspirasi pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih yang lebih besar.

Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya Fumio Kishida dari Jepun di Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama
Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya Fumio Kishida dari Jepun di Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama

"Perbincangan kami memberi keutamaan kepada peralihan tenaga. Kita berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Jepun kerana kita telah mengeksport gas asli cecair (LNG) melalui Petronas selama beberapa dekad dan ini adalah sesuatu yang Perdana Menteri Kishida dan delegasinya sangat berminat untuk lakukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 2022, LNG merupakan eksport utama Malaysia ke Jepun merangkumi 31 peratus daripada keseluruhan jumlah eksport ke negara tersebut. - Bernama