Peruntukan RM3.4 juta selenggara sistem perparitan

Kor Ming (kiri) dan ADUN Pasir Berdamar, Woo Kah Leong menyampaikan sumbangan komputer riba kepada salah seorang murid pada majlis di SJKT Sithambaram Pillay, Teluk Intan pada Sabtu.
Kor Ming (kiri) dan ADUN Pasir Berdamar, Woo Kah Leong menyampaikan sumbangan komputer riba kepada salah seorang murid pada majlis di SJKT Sithambaram Pillay, Teluk Intan pada Sabtu.
A
A
A

TELUK INTAN - Peruntukan khas sebanyak RM3.4 juta disalurkan bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) sebagai persediaan menjelang Monsun Timur Laut (MTL) (MTL) November ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu disediakan bagi kerja-kerja menyelenggara kawasan parit dan longkang yang berisiko menyebabkan kejadian banjir kilat.

"Saya mengarahkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) turun peruntukan ini kepada MPTI untuk menaik taraf dan membaiki parit, longkang yang tersumbat, usang dan rosak khususnya di kawasan perumahan dengan kadar segera.

Kor Ming (kiri) dan ADUN Pasir Berdamar, Woo Kah Leong menyampaikan sumbangan komputer riba kepada salah seorang murid pada majlis di SJKT Sithambaram Pillay, Teluk Intan pada Sabtu.
Kor Ming (kiri) dan ADUN Pasir Berdamar, Woo Kah Leong menyampaikan sumbangan komputer riba kepada salah seorang murid pada majlis di SJKT Sithambaram Pillay, Teluk Intan pada Sabtu.

"Sekarang tiada lagi alasan tiada peruntukan. Peruntukan sudah sampai dan ini masanya pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hilir Perak wajib bersiap siaga sepenuhnya bagi memastikan kawasan ini bebas banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program penyerahan sumbangan komputer riba kepada 50 murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sithambaram Pillay di sini pada Sabtu.

Tambah Kor Ming, penyelenggaraan perparitan melibatkan kawasan kampung pula seperti di Changkat Jong itu melibatkan bidang kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Seramai 50 murid-murid menerima komputer riba sumbangan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan ADUN Pasir Berdamar, Woo Kah Leong.
Seramai 50 murid-murid menerima komputer riba sumbangan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan ADUN Pasir Berdamar, Woo Kah Leong.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kor Ming dalam ucapannya turut mengingatkan kontraktor penyelenggaraan yang dilantik untuk tidak culas melaksanakan tugas.

"Teguran ini kepada kontraktor sekiranya gagal menyelia sistem perparitan, kita tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak mereka.

"Ahli-Ahli Majlis PBT perlu ambil perhatian perkara ini kerana peruntukkan telah disalurkan. Saya akan mendengar taklimat daripada MPTI sendiri bagi memastikan wang ini dapat digunakan sebaiknya," katanya.