Agong, Permaisuri rakam ucapan takziah kemangkatan Tengku Abdul Aziz

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar yang kembali ke rahmatullah pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa simpati dan sedih di atas pemergian Almarhum dan berharap seluruh keluarga Almarhum tabah menghadapi suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” katanya.

Sementara itu, menurut ‘House of Pahang’ dalam satu hantaran menerusi laman Instagram, Tengku Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah pada jam 6 pagi tadi di kediaman beliau di Jalan Madge di sini.

Pengebumian dijadualkan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. - Bernama

Artikel Berkaitan: