Bekalan air pulih 56.9 peratus

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemulihan bekalan air di empat wilayah yang terjejas ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih Sabtu lalu mencapai tahap 56.9 peratus hingga jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, sebanyak 87.7 peratus akaun pengguna terjejas di Hulu Langat sudah mula menerima bekalan masing-masing.

Menurutnya, bagi kawasan Sepang dan Putrajaya, sebanyak 60.1 peratus daripada jumlah pengguna sudah menerima bekalan air masing-masing manakala daerah Petaling pula mencapai tahap pemulihan sebanyak 54,2 peratus.

“Setakat ini gangguan bekalan air di wilayah Kuala Langat masih belum pulih lagi dan dijangka akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada kedudukan geografi dan altitud premis pengguna.

“Kawasan yang berhampiran dengan sistem agihan dijangka menerima bekalan lebih awal dan begitu juga sebaliknya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abdul Halem berkata, bagi memastikan air dibekalkan mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta bebas bau bahan pelarut, Air Selangor menjalankan aktiviti 'flushing' untuk menyingkirkan sisa bau yang memasuki paip air mentah sejurus sebelum loji rawatan air (LRA) dihenti tugas Sabtu lalu.

Menurutnya, disebabkan itu proses rawatan air tertangguh selama hampir 12 jam selepas beroperasi semula dan bekalan air terawat mula disalurkan pada jam 1 pagi tadi.

“Jabatan Kualiti Air, Air Selangor melakukan pemantauan dan ujian kualiti air secara berkala di LRA Sungai Semenyih dan Kolam Imbangan yang turut dipantau wakil KKM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Artikel Berkaitan:

“Dalam perkembangan lain, LRA Bukit Tampoi juga telah mula beroperasi semula pada jam 9 pagi tadi dan kerja-kerja pengepaman dan penstabilan sistem agihan sedang giat dijalankan,” katanya.

Abdul Halem berkata, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan dialami pengguna sepanjang tempoh gangguan berlaku.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan sebanyak 328,957 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran terbabit.

Jumlah akaun, pengguna terjejas bertambah kepada 336,930 apabila LRA Bukit Tampoi yang menerima sumber air mentah dari Sungai Semenyih turut dihentikan operasi sejak Ahad.

Senarai kawasan yang telah menerima bekalan air:

  • Hulu Langat
  • Bandar Sri Putra
  • Seksyen 2 Bandar Baru Bangi
  • Kampung Baru Cina Semenyih
  • Bandar Bukit Mahkota
  • Seksyen 3 Bandar Baru Bangi
  • Taman Semenyih
  • Bangi Avenue
  • Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi
  • PATI Semenyih
  • Bandar Puteri Bangi
  • Taman Seri Bangi
  • Rumah Murah PKNS Batu 1 Semenyih
  • Taman Bangi Indah
  • Bangi Golf Resort
  • Kampung Batu 2, 3 & 5 Jalan Bangi
  • Pekan Bangi Lama
  • Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
  • Ladang Dunedin Batu 3 Jalan Bangi Lama
  • Kampung Bangi
  • Seksyen 8 Bandar Baru Bangi
  • Kawasan Industri Batu 1, 2 & 3 Jalan Bangi
  • Rumah Murah PKNS Bangi
  • Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
  • Kampung Sungai Purun
  • Bangi Estate
  • Balai Polis & Bomba Bandar Baru Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Bangi Utama Shopping Complex & Kawasan Komersil Medan Bangi
  • Taman Semenyih Mewah Fasa 2
  • Kampung Aman Bangi
  • Seksyen 10 Bandar Baru Bangi
  • Semenyih Technology Park
  • Taman Bangi Permai
  • Perindustrian Selaman Bandar Baru Bangi
  • Taman Raja Tun Uda
  • Taman Sri Bangi
  • Perindustrian Bangi Seksyen 13
  • Taman Semenyih Jaya
  • Taman Angsana
  • Seksyen7 Bandar Baru Bangi
  • Taman Semenyih Indah
  • Kampung Bahagia
  • Taman Sri Melor
  • Taman Jaya Semenyih
  • Pusat Nuklear Negara
  • Taman Kajang Impian
  • Taman Bunga Raya
  • Genom
  • Taman Putra Kajang
  • Kampung Rinching Hulu
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Lingkungan 2
  • Taman Kajang Mewah
  • Kampung Rinching Hilir
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Lingkungan 1
  • Taman Sepatakt Indah
  • Kampung Rinching Tengah
  • Kampung Sungai Tangkas
  • Taman Semarak
  • Taman Semenyih Impiana
  • Pusat Latihan KWSP Sungai Tangkas
  • Taman Koperasi LLN
  • Taman Semenyih Permai
  • Perindustrian Jalan Reko
  • Taman Kajang Raya
  • Kampung Sungai Kembung Hulu
  • Taman Reko Mutiara
  • Taman Kajang Indah
  • Kampung Sungai Kembung Hilir
  • West Country
  • Taman Setia
  • Kampung Jalan Enam Kaki Beranang
  • Seksyen 5 Tambahan Bandar Baru Bangi
  • Pearl Avenue
  • Kampung Sungai Sematar Beranang
  • Seksyen 5 Bandar Baru Bangi
  • Taman Taming Emas
  • Kampung Sungai Machang Beranang
  • Kayu Manis Garden Villas
  • Taman Seri Emas
  • Pekan Beranang
  • Pangsapuri Bangi Idaman
  • Taman Berjaya
  • MARA Japan Industrial Institute
  • Taman Tenaga
  • Taman Berjaya Baru
  • Kolej Professional Mara Beranang
  • Hentian Kajang
  • Taman Pasir Emas
  • Semenyih Parkland
  • Nadayu 92
  • Taman Sri Kejora
  • Eco Majestic
  • Tropicana Hights
  • Taman Kajang Baru
  • Bandar Rinching Fasa 2 & 3
  • Apartment Kristal Villa
  • Taman Desa Bunga Raya
  • Bandar Rinching Fasa 4
  • Reko Sentral
  • Taman Sri Kota
  • Eco Hill
  • Taman Sri Langat
  • Taman Sri Saga
  • Taman Rinching Indah
  • Taman Mewah Indah
  • Taman Desa Kiambang
  • Blue Water Estate
  • Taman Bangi Kajang
  • Kampung Kuantong Baru
  • Heritage The Mines
  • Taman Sahabat Kajang
  • Taman Desa Kekwa
  • Mines Resort
  • Taman Reko Jaya
  • Taman Bidara
  • Bandar Tasek Kesuma
  • Taman seri Reko
  • Kampung Baru Cina Sungai Chua
  • Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
  • Taman Hijau
  • Kampung Sungai Ramal Dalam
  • Taman Kajang Utama
  • Taman Desa Seroja
  • Taman Ramal Desa
  • Taman Dusun Jaya
  • Taman Desa Billion
  • Desa Surada
  • Taman Desa Kenanga
  • Taman Jelita
  • Taman Ramal Ros
  • Taman Bukit Semenyih
  • Taman Sungai Mas
  • Taman Bukit Kajang
  • Taman Bangi Jaya
  • Taman Desa Delima
  • Taman Bukit Kajang Baru
  • Taman Melur Semenyih
  • Taman Sri Mewah
  • Taman Bukit Permai
  • Kajang East
  • Kampung Teras Jernang
  • Taman Kajang Jaya Jalan Bukit
  • Seksyen 14 Bandar Baru Bangi
  • Taman Permai Semenyih
  • Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
  • Taman Desa Anggerik
  • Seksyen 16 Bandar Baru Bangi
  • Taman Gembira Semenyih
  • Seksyen 1 Bandar Baru Bangi
  • Taman Seri Mawar Semenyih
  • Petaling
  • Kg Kenangan
  • Kg Tengah
  • Taman Muhibbah
  • Kg Kuala Sg.Baru
  • NAHRIM
  • Taman Sri Puchong
  • Kg Sri Aman
  • Pasar Borong Selangor
  • UPM Infoport
  • Kg Sri Langkas
  • Puchong Gateway
  • Sepang dan Putrajaya
  • Keseluruhan Kg. Pulau Meranti
  • SMK Sri Sepang
  • Pusat Kejuruteraan Bomba Salak Tinggi
  • Desa Air Hitam
  • SRK BBST
  • STOR Giant
  • Kawasan Industri Permai
  • Taman Anggerik
  • Kg Org Asli Sg Melut
  • Taman Kipark
  • Taman Cempaka
  • Kg. Org. Asli Jambu
  • Keseluruhan Taman Putra Perdana
  • Tmn Selasih
  • Kg. Licincing
  • Taman Desiran Bayu
  • Stesen ERL Salak Tinggi
  • SIRIM
  • Taman Putra Impiana
  • IPI Ayamas
  • Kosmopleks
  • LKIM Pulau Meranti
  • Pusat Perdagangan Klia Avenue
  • Pejabat Agama
  • Science Park 2 (Pinggiran cyber, VEGA, Qcell)
  • Pusat Perniaga Gemilang Kota Warisan
  • Masjid Sultan Hishamuddin BBST
  • Kawasan Taman Perindustrian Putra puchong
  • Pusat Pertanian Labu Lanjut
  • Mahkamah Syariah
  • Depo Shell
  • Kg. Org. Asli Kelinsing
  • Mahkamah Sepang
  • MAEPS
  • Taman Salak Kasih (lama)
  • SM Agama BBST
  • IOI (mall, resort, marriot)
  • Taman Desa Restu
  • SR Agama BBST
  • Temple Mariamman West Country
  • Taman Intan Baiduri
  • Kediaman Nilai Kaseh
  • Kafe Beriani Gam
  • Taman Indah Putera
  • Pam Minyak PETRON
  • Sekolah Tamil West Country
  • Taman Indah KLIA
  • Apartment Ehsan Residence
  • Uinten College
  • Taman Desa Salak Pekerti
  • IKTBN Sepang
  • Kawasan Perindustrian Meranti Jaya
  • Taman Indah Puteri
  • IPD Sepang
  • Perindustrian Puchong I-HUB
  • Taman Dataran Abadi Jalan 1
  • Rumah Orang Kaya Sepang
  • Kg Sg Buah
  • Taman. Bunga Raya
  • Pejabat JKR Sepang
  • Limau Manis
  • Kilang WRP Asia Pacific
  • Pejabat Daerah Tanah Sepang
  • Taman Bunga Raya
  • Medan 120
  • Xiamen Univercity Malaysia Campus