Isu Cameron Highlands: Kerajaan Pahang tidak perlu tunduk desakan

Semalam, seramai 12 pemimpin termasuk pegawai khas Menteri Besar Pahang Arumugam AV Pillai meletak jawatan serta- merta kerana mendakwa kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib 60 pekebun kecil di Cameron Highlands. (Gambar kecil: Ali Akbar)
Semalam, seramai 12 pemimpin termasuk pegawai khas Menteri Besar Pahang Arumugam AV Pillai meletak jawatan serta- merta kerana mendakwa kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib 60 pekebun kecil di Cameron Highlands. (Gambar kecil: Ali Akbar)
A
A
A

KUANTAN - Tindakan Kerajaan Negeri Pahang meminta 60 pekebun sayur mengosongkan kawasan tanah haram yang diterokai mereka di Kuala Terla, Cameron Highlands mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman berkata, perintah dibuat itu sudah pasti mengikut peruntukan yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dari Pejabat Tanah dan Galian di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak perlu tunduk kepada tuntutan beberapa individu sahaja sedangkan air tadahan di kawasan itu digunakan penduduk dan pelancong di daerah itu.

"Jadi, kerajaan perlu tegas kerana ia membabitkan isu alam sekitar dan penerokaan kawasan berkenaan boleh mengundang kepada pencemaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, seramai 12 pemimpin termasuk pegawai khas Menteri Besar Pahang Arumugam AV Pillai meletak jawatan serta- merta kerana mendakwa kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib 60 pekebun kecil di Cameron Highlands.

Mereka mendakwa bimbang dengan nasib pekebun terbabit kerana tiada tanah alternatif diberikan walaupun mereka sudah berada di kawasan itu sejak tiga atau empat generasi lalu.

Akhbar Ali berkata, rakyat juga bimbang aktiviti haram itu akan mengundang pencemaran.

"Isu ini juga tidak sepatutnya dipolitikkan sebaliknya penceroboh perlu akur dengan arahan yang telah dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan itu (tanah di Kuala Terla) adalah milik dan hak Kerajaan Negeri Pahang dan selama ini kerajaan sudah berikan amaran.. jadi patuhlah pada arahan itu.

"Selama ini pun kerajaan tidak pernah mengutip sebarang pampasan dan imbuhan terhadap hasil yang diperolehi dari aktiviti pertanian itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Tujuh ditahan tunjuk perasaan di Cameron Highlands