Tempat duduk hadapan kereta terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan kereta Proton Waja yang terbakar di ruang parkir hadapan Pejabat JPJ Sabak Bernam semalam.
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan kereta Proton Waja yang terbakar di ruang parkir hadapan Pejabat JPJ Sabak Bernam semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Tempat duduk hadapan sebuah kereta Proton Waja tiba-tiba terbakar dalam kejadian di tempat parkir Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam di sini semalam.

Dalam kejadian jam kira-kira 3.15 petang itu, kereta itu berada dalam keadaan berkunci, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam Penolong Penguasa Bomba Mohd Saufi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.23 petang.

"Sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebaik sampai di lokasi kejadian, anggota mendapati pemilik kereta tiada dan kenderaan itu berada dalam keadaan berkunci," katanya.

Beliau memberitahu, anggota kemudian bertindak memecahkan tingkap pemandu bagi kerja pemadaman daripada terus merebak.

"Kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.55 petang.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: