Manfaat cuti sekolah dengan aktiviti menarik

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 16 hari program.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 16 hari program.
A
A
A

BAHAU - Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir mengadakan Kem Riang Ria Cuti Sekolah@PKD bagi memastikan anak-anak di kawasan luar bandar memanfaatkan waktu cuti sekolah mereka.

Pengurus PKD, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar berkata, program itu melibatkan penyertaan seramai 26 kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun.

"Mereka terdiri daripada anak-anak daripada keluarga golongan B40 di kawasan ini.

"Program tersebut merupakan program tahunan bagi membantu ibu bapa mengisi masa terluang anak-anak mereka pada musim cuti persekolahan," katanya ketika ditemui pada program itu di PKD Serting Ilir di sini kelmarin.

Nurulazma Shafiqah berkata, pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan sepanjang 16 hari program itu berlangsung.

Kanak-kanak yang menyertai Kem Riang Ria Cuti Sekolah@PKD di Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir kelmarin.
Kanak-kanak yang menyertai Kem Riang Ria Cuti Sekolah@PKD di Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir kelmarin.

"Kanak-kanak amat komited dan sentiasa memberi tumpuan dalam setiap kelas yang dihadiri," katanya.

Katanya, kesemua aktiviti yang dilakukan merangkumi aspek kerohanian, latihan kendiri, latihan kemahiran, pengembaraan, kesenian dan kebudayaan serta sukan.

Artikel Berkaitan:

"Program ini turut mendapat kerjasama daripada Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad, Perpustakaan Desa Taman Tuanku Puan Chik dan Pusat Internet Desa Pasoh," katanya.